Tuesday, June 7, 2011

Makanan pemula cerita...

     Terbangkit bagi menulis isu berkenaan makanan dan pemakanan selepas seorang rakan wanita membicarakan isu sensitif penambahan berat badannya. Hampir majoriti dari kita mengaitkan berat badan dengan faktor makanan, ini sesuatu yang pasti. Tetapi apa yang paling penting sebenarnya bukanlah bentuk badan, tetapi kesihatan secara keseluruhan. Kesihatan dapat kita kekalkan dengan pengambilan makanan dengan betul, senaman dan senyuman =).

   Berdasarkan pengamatan, pengalaman dan pembelajaran dalam bidang bioteknologi, makanan adalah penyumbang kepada terjadinya pelbagai jenis penyakit. Badan menjalankan fungsi metabolisma bersumberkan makanan. Karbohidrat yang kita makan akan diuraikan kepada glukosa yakni sejenis gula paling ringkas, protein kepada amino acid dan lipid kepada acetyl-CoA. Tidak hairanlah jika seseorang yang menghidap diabetis perlu mengurangkan pengambilan kanji seharian kerana kanji akan diuraikan kepada gula di dalam badan.

    Satu dokumentari sains (astro 2010) ada mengetengahkan, penyakit metabolisma seperti kanser berpunca daripada sumber makanan kita. Masyarakat yang terkenal di serata dunia, kerana mempunyai umur yang panjang dan bebas penyakit. Ini amat berhubung lansung dengan jenis pola pemakanan yang mereka amalkan. Sebagai contoh, masyarakat eskimo hanya memakan ikan sebagi diet utama, masyarakat di Tibet China mengambil daging dan buah beri manakala masyarakat di Jepun gemar kepada sushi. Makanan mempengaruhi umur dan kesihatan.

    Jadi cara paling utama dan selamat untuk mengurangkan berat badan secara sihat, paling penting adalah mengawal pemakanan. Jenis makanan , waktu makan dan kuantiti yang diambil. Islam menyarankan untuk besederhana dalam segala hal. Ambil gula berlebihan, akibatnya kencing manis, makan limau berlebihan akan cirit birit, makan buah jering berlebihan juga tidak baik. Kenapa contoh begini yang saya ambil? Gula pemberi tenaga, tetapi dalam kuantiti banyak telah membuatkan pankreas di dalam usus merembeskan insulin secara berlebihan dan bila pankreas ini tidak lagi dapat berfungsi dengan optimum, gula tadi tidak dapat dineutralkan terjadilah kencing manis. Buah limau sebenarnya mempercepatkan tindakan enzim bagi penguraikan protein. Kaum arab yang suka kepada daging sering mengambil bersama perahan limau ketika makan. Jika masa normal diambil mencernakan daging adalah lebih kurang enam ke lapan jam, dengan bantuan limau mempercepatkan kepada lima ke enam jam sahaja. Jering pula adalah sejenis agen penghalang anti oksida dan tidak sesuai di ambil dalam kuantiti yang banyak. Antioksida penting bagi melindungi sel dan DNA daripada radikal bebas yang boleh membawa kepada kanser dan penyakit lain yang degeneratif. Kesimpulannya, makanlah apa sahaja di dunia ini (halal dan baik) terpulang kepada anda, cuma ambillah ia secara bersederhana.

      Saya tertarik kepada produk "jus mate 5", bukan kepada kandungan bahan produk, tetapi kepada plan pengurusan pemakanan yang diamalkan. Kaedah makan lebih utama berbanding keberkesanan produk kesihatan kepada penguna. Bagi mereka yag ingin berdiet, saya sarankan, langkah yang paling mudah. Ganti makanan awal dengan diet buah buahan dan sayur sayuran,seperti disarankan Islam dan cukuplah dengan mulakan diet anda utnuk hanya meminum air kosong, bukannya air minuman bergula. Jika inipun tidak mampu anda lakukan, lupakanlah sahaja petua-petua dan amalan diet yang lain.

  Bersukanlah, sukan ringan lakukan 30 minit setiap hari seperti sapu sampah, berkebun dan mencuci kereta. Sukan berat seperti berjogging,  berenang dan apa sahaja yang mampu melatih jantung mengepam darah. Bermain sekali seminggu selama 30 minit tanpa henti. Ini mengurangkan stress, menyihatkan badan dan mengeratkan hubungan sesama kita.

   Akhirnya amalan baik untuk kesihatan adalah senyum, mudah untuk disebut bukan? Tidak amat susah diamalkan. Dalam erti kata yang lebih universal, sebenarnya membuat kebaikan kepada orang lain. Kebaikan kita secara tidak lansung menghilangkan tekanan dan membersihkan hati. Jika ditanya kepada anda, kesihatan badan ataupun hati, mana lebih utama?

1 comments:

  1. Snek sihat aku di bilik...Sengkuang potong slices, boh sos cili...makan reramai dgn budak bilik.lepaih tuh ambik gambaq...hehe

    ReplyDelete